Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes denggi di Sandakan meningkat

    SANDAKAN, 13 SEPT – Sebanyak 863 kes denggi dicatatkan di Sandakan sejak Januari hingga 10 Sept lepas, berbanding 71 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

    Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata ketika ini terdapat 61 lokalti yang aktif kes denggi di kawasan berkenaan, dengan enam kawasan titik panas telah dikenal pasti, iaitu Kampung Tinusa 2 Darat, Kampung Tinusa 2 Laut, Taman Indah Jaya Fasa 1, Taman Mawar Fasa 4, Kampung Bahagia dan Taman Damai.

    “Sandakan telah merekodkan tiga kematian iaitu satu di Kampung Tinusa 2 Laut, satu di Kampung Perpaduan dan satu di Taman Sri Rimba,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri operasi pemeriksaan kebersihan dan kesihatan kilang membuat roti dan kek di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda