Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes denggi meningkat di enam negeri

    PUTRAJAYA, 29 Jan – Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di enam negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan pada minggu ketiga tahun ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi tempoh 15 hingga 21 Jan, sebanyak 2,053 kes dilaporkan di kesemua negeri itu dengan peningkatan sebanyak 177 kes (9.43 peratus) berbanding 1,876 kes pada minggu sebelumnya (8 hingga 14 Jan).

    Katanya, daripada jumlah itu, enam kematian dilaporkan pada minggu ketiga tahun ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian di seluruh negara sebanyak 13 kes dalam tempoh tiga minggu pertama tahun ini berbanding 23 dalam tempoh sama tahun lepas.

    “Jumlah kumulatif kes demam denggi dari 1 hingga 21 Jan ini adalah 5,592 kes, penurunan 46.7 peratus (4,890 kes) berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 10,482 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Dr Noor Hisham berkata cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang boleh meningkatkan lagi kadar pembiakan Aedes jika takungan-takungan air dibiarkan tanpa diperiksa dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda