Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes denggi meningkat di Labuan

    LABUAN, 27 JUN – Labuan mencatatkan peningkatan 275 peratus kes denggi dengan 15 kes direkodkan sejak Januari hingga kini berbanding empat kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

    Pulau bebas cukai itu juga merekodkan satu kes baharu malaria.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata memandangkan trend kes denggi semakin meningkat di kebanyakan kampung, aktiviti pemantauan rutin dan pengurangan sumber telah dipergiatkan. Beliau berkata peringatan telah dikeluarkan kepada orang awam dan pemilik premis untuk memastikan pembuangan sisa pepejal yang berkesan bagi membantu mencegah pembiakan nyamuk. 

    “Semua bangunan kerajaan dan swasta termasuk premis komersial akan diperiksa untuk kemungkinan pembiakan nyamuk,” katanya kepada Bernama hari ini sempena Hari Denggi ASEAN peringkat Labuan. Dr Ismuni berkata meningkatkan kesedaran dan menghapuskan tempat pembiakan vektor adalah antara langkah yang boleh membantu mengawal penyakit ini. – Bernama

    Dr Ismuni berkata meningkatkan kesedaran dan menghapuskan tempat pembiakan vektor adalah antara langkah yang boleh membantu mengawal penyakit denggi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda