Tuesday, July 2, 2024
22 C
Brunei

    -

    Kes denggi meningkat di seluruh dunia

    NEW YORK, 26 JUN – Pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) kelmarin memberi amaran kepada doktor supaya berwaspada terhadap kes denggi ketika penyakit tropika itu memecah rekod antarabangsa.

    Virus itu, yang disebarkan oleh nyamuk, telah meningkat di seluruh dunia, dibantu oleh perubahan iklim. Dalam tempoh enam bulan, negara-negara di Amerika telah pun memecahkan rekod tahun kalendar untuk kes denggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kecemasan pada bulan Disember dan Puerto Rico mengisytiharkan darurat kesihatan awam pada bulan Mac.

    Denggi bukan penyakit umum di benua AS, tetapi di 50 negeri setakat tahun ini, terdapat tiga kali ganda kes berbanding tahun lepas. Kebanyakannya adalah jangkitan yang dijangkiti oleh pelancong ke luar negara dan pegawai menyatakan tidak adanya bukti mengenai wabak semasa. Tetapi mereka juga memberi amaran bahawa nyamuk tempatan boleh menimbulkan ancaman.

    Dalam amaran kesihatannya kelmarin, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menasihatkan doktor untuk mengetahui simptomnya, bertanya soalan tentang tempat yang dikunjungi pesakit baru-baru ini dan mempertimbangkan untuk melakukan ujian denggi apabila sesuai.

    Ramai orang yang dijangkiti tidak jatuh sakit, tetapi ada yang mengalami sakit kepala, demam dan simptom seperti selesema.

    Kes yang teruk boleh menyebabkan pendarahan serius, kejutan dan kematian. Jangkitan berulang juga boleh menjadi amat berbahaya. – AP

    Gambar 2003 yang disediakan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan nyamuk Aedes albopictus betina menghisap darah manusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...