Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes di M’sia dijangka cecah 30,000 jika Omicron tidak dibendung

    KUALA LUMPUR, 6 JAN – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian COVID-19 mencecah 30,000 sekiranya langkah bagi membendung gelombang varian Omicron tidak diambil.

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata justeru, keputusan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu merupakan antara langkah yang terpaksa diambil bagi mengekang penularan varian itu.

    “Berdasarkan simulasi KKM, sekira-nya kita tidak ambil langkah-langkah pencegahan seperti penangguhan sementara umrah dan kuarantin, kita akan lihat kes melonjak mulai bulan ini hingga Februari dengan lebih 15,000 kes sehari,” katanya dalam sidang media hari ini.

    Beliau berkata jangkaan itu meru-pakan unjuran KKM melalui model Berisiko-Terdedah-Berjangkit-Diasingkan (SEIR) yang menggunakan kadar kebolehjangkitan (Rt) iaitu masing-masing pada 0.95, 1.2 dan 1.6.

    Katanya meskipun jangkitan varian Omicron setakat ini tidak seteruk Delta namun jika kes meningkat sehingga 30,000, kemasukan ke hospital turut meningkat walaupun hanya pesakit kategori satu dan dua. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda