Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes difteria baharu dilaporkan di Vietnam

    HANOI, 12 JULAI – Satu lagi kes difteria telah dilaporkan di wilayah Bac Giang, utara Vietnam, lapor akhbar dalam talian, Suc Khoe & Doi Song yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Vietnam, kelmarin.

    Pesakit perempuan yang lahir pada tahun 1995, dan bekerja di sebuah kafe internet tempatan, disahkan dijangkiti difteria setelah makan bersama seorang individu yang kemudian disahkan positif penyakit tersebut.

    Sejak 7 Julai, pesakit tersebut telah menjalani kuarantin kendiri setelah mengetahui rakannya disahkan positif difteria. Dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Nasional Penyakit Tropika di Hanoi.

    Tujuh individu dikenal pasti mempunyai kontak langsung dengan pesakit tersebut.

    Awal minggu ini, Vietnam turut melaporkan kes kematian akibat difteria melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun di wilayah Nghe An.

    Daripada tujuh pelajar yang berkongsi bilik asrama dengan mendiang, dua dilaporkan telah pergi ke wilayah Bac Giang dan salah seorang daripada mereka disahkan positif difteria. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda