Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kes ebola meningkat di Uganda

    KAMPALA, UGANDA, 3 NOV – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus kelmarin berkata terdapat kebimbangan mengenai penularan Ebola di Uganda susulan kes jangkitan itu semakin meningkat.

    “Meskipun kes Ebola semasa dikaitkan dengan kluster yang diketahui, hakikat sebenar bahawa kes itu berlaku di kawasan berkepadatan tinggi mempunyai risiko sebenar penularan dan terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan kesiapsiagaan di negara berhampiran,” katanya kepada pemberita.

    Tedros berkata terdapat 130 kes yang disahkan, 43 kematian dan 21 kematian mungkin disabitkan dengan penyakit itu, lapor Agensi Anadolu.

    Kebimbangan tercetus susulan kemungkinan sekatan pergerakan di Kampala berikutan 17 kes telah dikesan setakat ini.

    Minggu lalu, Kementerian Kesihatan Uganda mengumumkan enam kanak-kanak dari tiga sekolah di Kampala disahkan dijangkiti Ebola. 

    Gambar fail menunjukkan lelaki membawa pengusung untuk mangsa yang dijangkiti Ebola, di bandar Kassanda di Uganda. – AP

    Seorang daripada mereka meninggal dunia.

    Pengumuman itu mencetuskan panik, dan beberapa pakar menggesa sekatan pergerakan di Kampala untuk membendung penularan.

    Pegawai kesihatan menasihatkan Kementerian Pendidikan mempertimbang untuk memendekkan semester bagi sesetengah pelajar demi mengurangkan kesesakan dan meminimumkan risiko penularan.

    Ibu bapa menentang langkah itu, dengan alasan menghantar anak-anak lebih awal akan meningkatkan beban kewangan kepada ibu bapa yang baharu selesai membayar yuran sekolah.

    Kekurangan vaksin berlesen di Uganda dan penyebaran wabak di Kampala telah meningkatkan kebimbangan kesihatan awam.

    Penyakit itu berjangkit melalui kaedah sentuhan dengan pesakit atau terdedah dengan bahan-bahan yang telah tercemar.

    Gejala termasuk demam, muntah, cirit-birit, sakit otot, termasuk pendarahan dalaman dan luaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...