Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes guna wang palsu: Mahkamah tolak ikat jamin

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, menolak ikat jamin terhadap seorang warganegara Malaysia yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cubaan menggunakan wang kertas palsu bernilai $10,000.

    Peguam Ahmad Basuni Abbas memohon ikat jamin terhadap anak guamnya, Mohd Dzulkefi bin Abdul Hanip, 65, yang menghadapi pertuduhan cuba menggunakan lapan keping wang kertas $10,000 di Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) pada 18 Mac lalu.

    Pertuduhan berkenaan telah dinafikan.

    Tarikh perbicaraan belum ditetapkan, bagaimanapun, Hakim Radin Safiee Radin Mas Basiuni menetapkan sebutan seterusnya pada 5 Mei, bagi memberikan laluan kepada pengurusan kes.

    Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Didi-Nuraza Pengiran Abdul Latiff mewakili Pendakwa Raya.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda