Monday, November 11, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes harian di Taiwan lepasi 50,000

    TAIPEI, 10 MEI – Kes harian COVID di Taiwan pada hari ini melebihi angka 50,000 buat pertama kali dengan 50,828 kes baharu dan 12 kematian dicatatkan, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Epidemik (CECC).

    Kes baharu itu terdiri 50,780 jangkitan tempatan dan 48 kes import, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

    Sementara itu, menurut CECC kes kematian melibatkan lapan lelaki dan empat wanita berusia 20an hingga 90an.

    Sehingga kini Taiwan telah mencatatkan 448,323 kes COVID manakala kes kematian adalah sebanyak 943 sejak pandemik bermula pada awal tahun 2020. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda