SEOUL, KOREA SELATAN, 8 DIS – Korea Selatan buat julung kalinya merekodkan kes harian COVID-19 melepasi angka 7,000 hari ini ketika orang ramai membanjiri stesen ujian di bandar Seoul di tengah-tengah krisis virus semakin buruk.
Lebih 5,600 daripada 7,175 kes baharu dilaporkan di Seoul dan rantau metropolitan berhampiran, di mana peningkatan kes dipacu oleh delta telah menyebabkan kekurangan katil hospital dengan tenaga kerja pasukan kesihatan semakin genting.
Jumlah korban COVID-19 telah melebihi 4,000 selepas 63 pesakit virus meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. – AP

