Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes ILI, COVID-19 meningkat

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Pada masa ini terdapat sedikit peningkatan dalam trend kes influenza-like illness (ILI) dan COVID-19, Kementerian Kesihatan memaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

    Kementerian itu juga menjangkakan berlakunya sedikit peningkatan kes ILI dan COVID-19 semasa musim percutian persekolahan ini berikutan dengan peningkatan pergerakan orang ramai sama ada di dalam negeri atau keluar negara.

    Dalam hubungan itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan tanggungjawab sosial masing-masing dengan mengamalkan kebersihan diri, etika batuk dan bersin yang betul, memakai pelitup muka jika mengalami tanda-tanda jangkitan dan tidak menghadirkan diri ke tempat-tempat awam dan majlis-majlis keramaian.

    Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi flu atau vaksinasi COVID-19 yang dilengkapi dengan dos penggalak khususnya mereka berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai penyakit kronik dan ibu-ibu mengandung di mana ia adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan yang teruk.

    Mereka turut dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor dengan segera jika mengalami tanda-tanda jangkitan yang berpanjangan atau jika tanda-tanda jangkitan menjadi semakin teruk serta memakai pelitup muka apabila pergi untuk mendapatkan rawatan terutamanya di Klinik Flu dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta jika melawat pesakit di wad-wad.

    Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi berkenaan dan akan memaklumkan apa jua perkembangan mengenainya dari semasa ke semasa.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Talian Darussalam 123 ataupun melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda