Saturday, September 30, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Kes ILI meningkat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Memandangkan terdapat sedikit peningkatan dalam kes influenza-like illness (ILI) di negara ini sejak dua minggu yang lalu, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar mengingatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan pengawalan jangkitan respiratori, khususnya sesiapa yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

    Beliau menjelaskan perkara tersebut semasa Sidang Media COVID-19 Negara Brunei Darussalam pada hari ini, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    “Langkah-langkah pencegahan termasuk mengasingkan diri daripada orang lain sepanjang tempoh mengalami simptom, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato menekankan bahawa langkah-langkah pengawalan bagi jangkitan respiratori itu adalah sama dengan langkah-langkah pengawalan bagi jangkitan COVID.

    “Orang ramai juga diharapkan terus bekerjasama untuk memuat naikkan keputusan ART masing-masing, sama ada positif atau negatif ke aplikasi BruHealth,” tambah Yang Berhormat Dato.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...