Tuesday, March 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes ILI tunjuk sedikit peningkatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa, terdapat juga sedikit peningkatan kes-kes influenza-like illness (ILI) di negara ini.

    Dapatan tersebut adalah hasil pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian di mana ujian makmal telah mengenalpasti virus dari jenis rhinovirus sebagai virus utama yang dikesan di dalam komuniti.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media Normal Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Sebagai langkah untuk mengawal penularan kes-kes jangkitan ILI, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengingatkan orang ramai untuk sentiasa melakukan tanggungjawab sosial masing-masing termasuk mengasingkan diri jika merasa kurang sihat dan segera berjumpa dengan doktor jika simptom dirasakan lebih berat dari biasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda