Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kes jangkitan baharu menurun

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Sebanyak 191 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 189 kes hasil ujian ART dan dua kes adalah hasil daripada 287 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku wakil menteri kesihatan mengongsikan statistik itu pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 146,506 kes.

    “Tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5, manakala satu kes kini sedang dirawat dalam kategori 4,” tambahnya.

    Menurut beliau lagi, sebanyak 285 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 144,672 kes.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,613 kes iaitu 12 kes sedang dirawat di hospital manakala 1,601 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Pehin berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terlindung daripada apa jua bencana dan wabak penyakit dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT jua.

    Terdapat satu kes kategori 4 dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...