Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes jangkitan harian di Sarawak menurun

    KUCHING, 1 NOV – Jumlah jangkitan harian COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan dengan 478 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 616 kes, semalam.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah kes hari ini, 14 kes melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

    Baki 464 kes tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 241,524.

    “Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Miri dengan 131 kes diikuti Kuching (129), Sibu (33) dan Bintulu (27),” menurut JPBN. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda