Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes jangkitan harian Iran lebihi 30,000 orang

    TEHRAN, 26 JULAI – Kes jangkitan harian COVID-19 di Iran buat pertama kalinya melepasi angka 30,000 hari ini, menjadikan ia rekod kedua tertinggi pada minggu ini, menurut Kementerian Kesihatan.

    Pada tempoh 24 jam lalu, republik itu merekodkan 31,814 kes jangkitan baharu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu 3,723,246 kes.

    Sebanyak 322 lagi kes kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan 89,122 kes.

    Selasa lalu, Iran telah mencatatkan rekod kes jangkitan harian tertinggi kali pertama dengan 27,444 kes yang mencetuskan pasukan petugas nasional untuk menutup pejabat kerajaan dan bank-bank di Tehran serta berhampiran wilayah Alborz untuk beberapa hari. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda