Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes jangkitan M’sia lebih 5,000

    KUALA LUMPUR, 31 JAN – Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh COVID-19 harian tertinggi hari ini sebanyak 4,522 kes, manakala kes baharu harian kekal melebihi 5,000 tiga hari berturut-turut iaitu sebanyak 5,298 kes.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 166,049 dan kumulatif kes kini 214,959, sementara bilangan kes aktif sebanyak 48,150.

    “Berdasarkan jumlah kes baharu hari ini, 5,295 kes merupakan penularan tempatan manakala tiga lagi kes import membabitkan dua warganegara dan seorang warga asing,” katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19, hari ini.

    Dr Noor Hisham berkata 10 kluster baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif kini 392, dengan 83 daripadanya mencatatkan kes baharu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda