Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes jenayah di Jepun meningkat

    TOKYO, 23 JULAI –  Kadar kes jenayah di Jepun pada separuh pertama (H1) tahun ini meningkat lebih 20 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, lapor Xinhua, berdasarkan data polis terkini.

    Terdapat sekitar 333,003 kes jenayah dalam tempoh Januari hingga Jun, mewakili peningkatan ketara 21.1 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut Agensi Polis Negara dalam laporan baru-baru ini.

    Ia menandakan kali pertama dalam tempoh 21 tahun bahawa jumlah jenayah menyaksikan peningkatan pada asas Januari-Jun, menurut laporan itu, sambil menambah peningkatan aktiviti jenayah mengikuti trend yang sama diperhatikan pada 2022 apabila Jepun merekodkan lebih banyak jenayah buat kali pertama dalam 20 tahun.

    Lonjakan itu sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan jenayah jalanan dan pecah masuk, yang berlaku berikutan sekatan COVID-19 dilonggarkan, menurut laporan pada  Rabu.

    Jenayah jalanan, termasuk kejadian seperti kecurian basikal, menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 29.7 peratus berbanding tahun sebelumnya sehingga mencecah 110,744 kes.

    Sementara itu, pecah masuk meningkat 28 peratus kepada 27,741 kes dan rompakan menyaksikan lonjakan ketara sebanyak 23.8 peratus daripada tahun sebelumnya dengan 228,889 kes. – Bernama

    Kecurian basikal semakin berleluasa di Jepun. – Gambar hiasan dari Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda