PARIS, 4 APRIL – Bilangan kes kanser prostat baharu di seluruh dunia akan meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 20 puluh tahun akan datang apabila negara-negara miskin mengejar penuaan negara-negara kaya, menurut laporan Lancet yang diterbitkan hari ini.
“Penemuan kami mencadangkan jumlah kes baharu setiap tahun akan meningkat daripada 1.4 juta pada 2020 kepada 2.9 juta menjelang 2040,” kata jurnal perubatan itu, berdasarkan kajian perubahan demografi.
Penyelidik di sebalik kajian itu berkata peningkatan kes dikaitkan dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan dalam piramid umur di seluruh dunia.
Kanser prostat adalah kanser yang paling meluas dalam kalangan lelaki, menyumbang kira-kira 15 peratus daripada kes. Ia kebanyakannya dialami selepas umur 50 tahun dan menjadi lebih kerap ketika umur lelaki semakin meningkat.
Apabila jangka hayat bertambah baik di negara membangun, bilangan kes kanser prostat juga meningkat, kata para penyelidik.
Mereka menegaskan dasar kesihatan awam tidak boleh menjejaskan perubahan seperti yang boleh berlaku dengan kanser paru-paru atau penyakit jantung.
Faktor keturunan adalah penyumbang yang tidak dapat dikawal jika dibandingkan misalnya dengan merokok sebagai punca kanser paru-paru. Kaitan dengan berat badan telah dicadangkan tetapi masih belum diketahui sama ada ia merupakan punca kepada kanser prostat.
Penyelidik juga berkata pihak berkuasa kesihatan terpaksa menggalakkan saringan awal di negara membangun kerana penyakit itu sering didiagnosis terlalu lewat untuk memberikan rawatan yang berkesan. – AFP