Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes kanser serviks ketiga tertinggi di M’sia, peratusan jalani pap smear masih rendah

    LABUAN, 17 JAN – Kanser serviks atau pangkal rahim merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di negara ini, namun kadar peratusan wanita yang menjalani ujian pap smear bagi pengesanan awal penyakit itu masih rendah.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata selain kanser ovari dan payudara, kanser serviks menjadi ancaman khususnya kepada wanita muda di negara ini.

    “Sehubungan itu menerusi Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan RM11.5 juta bagi saringan dan ujian kanser payudara dan serviks di seluruh negara,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Baucar Saringan Mamogram dan Ujian HPV DNA (WcaRe) kepada 100 penerima diwakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks 2022 di Desa Tunas Hijau di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda