Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes kecurian AS$16 juta, akauntan antara 9 pegawai kanan ditahan

    KAMPALA, 5 FEB – Akauntan tertinggi Uganda dan lapan pegawai kanan Kementerian Kewangan ditahan kelmarin berhubung kes kecurian hampir AS$16 juta khusus untuk membayar balik pinjaman kepada Bank Dunia dan Bank Pembangunan Afrika, kata polis.

    Akauntan Negara Afrika Timur, Lawrence Semakula, adalah antara sembilan pegawai yang ditahan berikutan penyiasatan ke atas penipuan dan penyelewengan AS$15.7 juta dari Bank Uganda, kata jurucakap polis, Kituuma Rusoke, kepada AFP.

    “Mereka akan hadir di mahkamah sebaik siasatan selesai,” katanya.

    Tahun lepas, Timbalan Gabenor Bank of Uganda, Michael Atingi-Ego mendedahkan bahawa dua lot dana telah dialihkan secara mencurigakan ke tempat lain.

    Lebih daripada AS$6 juta yang diperuntukkan untuk membayar pinjaman kepada Bank Dunia telah dialihkan kepada entiti Jepun pada pertengahan September.

    Beberapa minggu kemudian, AS$8.5 juta untuk Bank Pembangunan Afrika telah dialihkan ke akaun United Kingdom. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda