Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes kehilangan isteri, jutawan ditahan

    OSLO, 28 APRIL – Polis Norway berkata hari ini mereka telah menahan seorang ahli perniagaan kaya berhubung kehilangan isterinya 18 bulan lalu, perkembangan terbaharu dalam kes yang telah menggemparkan negara itu.

    Tom Hagen, 70, ditahan ketika beliau sedang meninggalkan rumahnya untuk ke tempat kerja hari ini, kerana disyaki “membunuh,” beritahu pesuruhjaya Ida Melbo Oystese pada sidang media.

    Isterinya Anne-Elisabeth Hagen hilang tanpa dikesan dari rumah mereka d Lorenskog, timur Oslo, pada 31 Oktober 2018. Satu nota wang tebusan yang ditulis tangan, mengandungi ugutan dan tuntutan meminta sembilan juta euro dalam mata wang kripto, ditemui di tempat kejadian.

    Kontak dengan penculik menggunakan platform digital pada mulanya menyokong teori bahawa isterinya telah menjadi mangsa penculikan penyangak. Bagaimanapun, pada Jun 2019, polis menilai semula petunjuk mereka dan mula menyiasat sama ada ia adalah pembunuhan yang menyamar sebagai penculikan.

    Tom Hagen ialah lelaki ke-164 terkaya di Norway dengan kekayaan bernilai 1.9 bilion kroner pada 2019, menurut majalah perniagaan Kapital.

    Tanda tanya masih timbul mengenai peranan sebenar Tom Hagen dalam kehilangan isterinya, sama ada beliau mempunyai rakan subahat, dan juga tempat di mana Anne-Elisabeth Hagen berada, kini diandaikan sudah mati. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda