OSLO, 28 APRIL – Polis Norway berkata hari ini mereka telah menahan seorang ahli perniagaan kaya berhubung kehilangan isterinya 18 bulan lalu, perkembangan terbaharu dalam kes yang telah menggemparkan negara itu. Tom Hagen, 70, ditahan ketika beliau sedang meninggalkan rumahnya untuk ke tempat kerja hari ini, kerana disyaki “membunuh,” beritahu pesuruhjaya Ida Melbo Oystese pada