Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes kemalangan jalan raya meningkat di Sabah

    KOTA KINABALU, 10 MEI – Kes kemalangan jalan raya sempena Op Selamat 18/22 di Sabah meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 508 kes berbanding hanya 472 kes dalam Op Selamat 15/19 pada 2019.

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata jumlah berkenaan meningkat sebanyak tujuh peratus atau 37 kes sepanjang Op Selamat yang berakhir pada 8 Mei lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

    “Bagaimanapun kes kemalangan maut menunjukkan penurunan iaitu hanya enam kes direkodkan tahun ini berbanding 14 kes pada Op Selamat 15/19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Idris berkata sepanjang tempoh 10 hari Op Selamat yang bermula pada 29 April itu, Polis Sabah turut mengeluarkan sebanyak 16,376 saman atas pelbagai kesalahan berbanding 16,969 saman Op Selamat 15/19. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda