HARARE, 30 JUN – Kes disyaki kolera di Zimbabwe meningkat kepada 3,017, dengan 2,910 daripadanya pulih, 19 kematian yang disahkan kolera manakala 52 kematian disyaki akibat wabak itu, menurut seorang menteri pada Khamis, lapor Xinhua.
Semua wilayah melaporkan kes yang disyaki itu, dengan Manicaland merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 1,251, diikuti ibu kota Harare dengan 1,121 dan Matabeleland South Province sebanyak 277 kes, kata Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran Monica Mutsvangwa pada taklimat akhbar.
“Kerajaan akan melaksanakan pendekatan pelbagai sektor yang diketuai oleh menteri yang bertanggungjawab ke atas air, sanitasi dan kebersihan dalam menangani cabaran air dan sanitasi yang menularkan wabak itu,” katanya.- Bernama
