Monday, March 24, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes kusta di Malaysia meningkat tahun lepas

    PUTRAJAYA, 30 JAN – Kes penyakit kusta baharu di Malaysia mencatatkan peningkatan iaitu daripada 142 kes pada 2021 kepada 164 kes tahun lepas, yakni peningkatan sebanyak 15.5 peratus, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

    Menurutnya pada 2020, bilangan kes kusta di Malaysia adalah sebanyak 181 kes.
    Zaliha dalam kenyataan hari ini berkata peningkatan itu adalah hasil dari pengesanan kes secara aktif di lokaliti endemik yang dilakukan oleh anggota kesihatan di peringkat daerah.

    Beliau berkata Kementerian Kesihatan kekal komited dalam menangani permasalahan kusta menerusi aktiviti kawalan dan pencegahan bersasar kepada golongan berisiko, yang dilakukan di peringkat lokaliti dan daerah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda