PHNOM PENH, 24 APRIL – Kemboja menyaksikan penurunan mendadak dalam kes malaria dalam tempoh 11 tahun lepas, tidak mencatatkan kematian akibat penyakit itu sejak 2018, kata Perdana Menteri, Samdech Techo Hun Sen.
Dalam perutusan sempena Hari Malaria Kebangsaan hari ini, Hun Sen berkata negara Asia Tenggara itu melaporkan 4,041 kes malaria pada 2022, penurunan besar daripada lebih 110,000 kes dengan lebih 500 kematian setahun sebelum 2011.
“Sejak 2018 hingga kini, tiada kematian akibat malaria,” katanya.
“Kerajaan komited untuk membasmi malaria sepenuhnya di negara ini menjelang
2025.”
Huy Rekol, Pengarah Pusat Parasitologi, Entomologi dan Kawalan Malaria Kebangsaan, mengaitkan penurunan mendadak kes malaria itu dengan tindak balas pengawasan yang lebih baik, kesedaran, peralatan yang mencukupi seperti alat ujian malaria, kelambu yang dirawat insektisida dan ubat anti-malaria.
Malaria adalah penyakit berjangkit bawaan nyamuk, yang sering ditemui pada musim hujan dan kebanyakannya berlaku di hutan dan wilayah pergunungan. – Xinhua