Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Mahkamah Majistret di sini, hari ini telah menangguhkan kes berkaitan memiliki dadah untuk menunggu analisis dadah sebelum pihak pendakwa meneruskan kes tersebut.
Andre Asnnaf Daneil bin Abdullah Sianong menghadapi pertuduhan memiliki 5.489 kilogram methamphetamine di Pos Kawalan Polis Bebuloh pada 7:15 malam, 27 Disember 2020.
Pendakwa Raya, ‘Adzimah Salleh memaklumkan kepada mahkamah bahawa barang bukti masih dalam giliran untuk dianalisis.
Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menangguhkan kes berkenaan kepada 15 November depan.