Saturday, March 1, 2025
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes mpox meningkat mendadak di DR Congo

    KINSHASA, 21 Julai – Republik Demokratik Congo (DR Congo) mencatat ‘peningkatan mendadak’ dalam jumlah kes cacar monyet (Mpox), kata kerajaan kelmarin.

    Jurucakap kerajaan, Patrick Muyaya berkata jumlah kumulatif kes yang disyaki telah mencecah 11,166, termasuk 450 kematian, dengan kadar kematian empat peratus.

    Beliau berkata laporan kementerian kesihatan negara itu mendedahkan ‘peningkatan eksponen dalam jumlah kes.’

    Muyaya menambah bahawa wilayah barat Equateur paling teruk terjejas.

    Laporan itu menyatakan bahawa kerajaan sedang mengambil beberapa langkah untuk memerangi penyakit itu, terutamanya ‘penjagaan perubatan, pemantauan hubungan dengan zon kesihatan masing-masing (dan) promosi pengawasan berasaskan komuniti.’

    Laporan itu keluar hanya beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran tentang ancaman kepada kesihatan global yang ditimbulkan oleh penyakit mpox di tengah-tengah kebimbangan potensi wabak virus yang membawa lebih banyak kematian di DR Congo. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda