Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes P. Diddy mungkin batal jika pelapor enggan muncul

    Mahkamah perintahkan individu pertama yang melaporkan P. Diddy atas tuduhan serangan seksual untuk segera tampil mendedahkan identitinya sebelum 13 November depan.

    Hakim iaitu Mary Kay Vykocil mengeluarkan amaran bahawa kes tersebut berkemungkinan dibatalkan sekiranya wanita yang dikenali sebagai Jane Doe gagal berbuat demikian.

    Sebagai individu pertama yang melaporkan perbuatan terkutuk Diddy, Mary berpendapat Jane sepatutnya bertanggungjawab dengan dakwaan yang dikemukakan terhadap mogul rap itu.

    “Tindakan menuduh seorang individu terkenal melakukan pelakuan jenayah kira-kira dua dekad lalu sangat berat.

    “Jane bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan untuk menegakkan keadilan terhadap nasib yang menimpa lebih 100 mangsa,” katanya.

    Menerusi aduan kepada pihak berkuasa, Jane mendakwa Diddy bertindak memberikannya air soda yang dicampuri pil tidur dengan tujuan untuk merogolnya.

    Insiden tersebut dikatakan berlaku ketika Jane hadir ke sesi ujibakat di sebuah hotel mewah di New York.

    Selain tuduhan tersebut, Diddy turut berdepan 120 tuduhan keganasan seks melibatkan mangsa bawah umur pada 2 Oktober lalu.

    Pada 16 September lalu, Diddy atau Sean John Combs, 54, ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan melakukan perbuatan keji sehingga ramai menjadi mangsa.

    Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu.

    Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan yang dibuat. – Agensi

    Sekiranya Jane Doe gagal mendedahkan identitinya, kes tersebut berkemungkinan dibatalkan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda