Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun yang didakwa atas pertuduhan mencuri kini menghadapi tuduhan tambahan memecah masuk rumah pada waktu malam setelah penyiasatan selesai terhadap kes tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud mendedahkan kepada Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman bahawa Sakiful Islam didakwa merosakkan bilik stor dan mencuri telefon bimbit, external hard disk dan wang $1,000 dari sebuah kedai di Kampung Pintu Malim pada kira-kira tengah malam 23 September.
Mahkamah kemudiannya menyerahkan semula kes itu untuk didengar di Mahkamah Perantaraan pada 8 Oktober depan.