Saturday, May 3, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes pembunuhan tiga mangsa keracunan cendawan masih dibicarakan

    MORWELL, 2 MEI – Seorang wanita Australia yang didakwa membunuh tiga individu dengan menyajikan hidangan Beef Wellington yang dipercayai dicampur dengan cendawan beracun, dikatakan langsung tidak menunjukkan sebarang sikap keprihatinan terhadap keadaan mangsa selepas kejadian berlaku, kata suaminya dalam keterangan di mahkamah hari ini.

    Erin Patterson, 50, didakwa atas tiga tuduhan, pembunuhan kedua-dua orang tuanya dan juga ibu saudaranya serta satu lagi tuduhan percubaan pembunuhan.

    Dia mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan tersebut.

    Pembelanya mendakwa hidangan daging lembu dan pastri yang mengandungi cendawan ‘maut’ itu merupakan akibat suatu ‘kemalangan terburuk’.

    Pada hari ketiga perbicaraan yang mendapat perhatian antarabangsa ini, suami wanita yang dituduh, Simon Patterson, mengatakan Erin tidak pernah bertanya kepadanya mengenai kesihatan keluarganya yang terlantar di hospital.

    Malam sebelum makan tengah hari tersebut, suami beliau menolak undangan untuk makan ‘hidangan istimewa’ di rumah Patterson di kampung ladang Leongatha di Victoria.

    Namun, empat ahli keluarganya pergi, ibu bapanya, Don dan Gail Patterson, ibu saudaranya, Heather Wilkinson dan seorang paderi tempatan, Ian Wilkinson.

    Empat tetamu itu mengalami cirit-birit dan muntah dalam masa 12 jam selepas memakan hidangan tersebut.

    Mereka kemudian dibawa ke hospital, di mana mereka telah disahkan keracunan makanan akibat cendawan ‘maut’ itu.

    Perbicaraan itu dijangka akan berlangsung selama kira-kira enam minggu. – AFP

    Simon Patterson meninggalkan Mahkamah Majistret Latrobe Valley selepas pembicaraan Erin Patterson, di Morwell, pada 2 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda