Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes penggal guru, 4 lagi pelajar didakwa

    PARIS, 26 NOV – Empat lagi pelajar remaja didakwa hari ini di Perancis berhubung pembunuhan Samuel Paty, tiga daripadanya dituduh menunjukkan guru itu kepada pembunuhnya.

    Pada awal November, tiga pelajar didakwa terbabit membantu dalam pembunuhan Paty yang dipenggal kepalanya selepas menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada pelajar sebagai sebahagian daripada pelajaran kebebasan bersuara.

    Menurut sumber kehakiman, tiga daripada empat pelajar yang didakwa hari ini disyaki mengenal pasti Paty kepada pembunuhnya, Abdullakh Anzorov, 18, yang kemudian mengejar dan memenggal kepalanya di jalan berhampiran sekolah.

    Menurut sumber berkenaan, mereka yang berusia antara 13 dan 14 tahun, dituduh ‘terbabit dalam pembunuhan oleh pengganas’. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Imam Drancy Hassen Chalghoumi (dua kiri) dan penulis Perancis Marek Halter (tengah) menghadiri perhimpunan di luar sekolah menengah Bois d’Aulne untuk menghormati guru sejarah yang dibunuh Samuel Paty di barat laut Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda