Saturday, May 3, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes penipuan dalam talian catat kerugian RM4.3 juta di Sandakan

    SANDAKAN, 2 MEI – Polis merekodkan 54 kes penipuan dalam talian di daerah ini dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini melibatkan kerugian mencecah RM4.3 juta.

    Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Ahsmon Bajah berkata pada tahun lepas sebanyak 170 kes jenayah itu dilaporkan dengan kerugian RM23.06 juta.

    “Penipuan dalam talian ini melibatkan mangsa daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional, ahli perniagaan serta pesara.

    “Majoriti mangsa adalah individu berusia antara 31 hingga 50 tahun, dengan 61.11 peratus daripada mereka adalah lelaki manakala 38.89 peratus wanita,” katanya dalam satu kenyataan di Sandakan hari ini.

    Sehubungan itu, Ahsmon berkata polis memandang serius jenayah terbabit dan orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.

    Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terjebak menjadi keldai akaun dengan memberikan akaun bank kepada pihak ketiga.

    “Mereka yang terlibat boleh disiasat mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000, penjara antara satu hingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali, katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda