Wednesday, March 5, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes penipuan, S’pura pertimbang hukuman sebat

    SINGAPURA, 4 MAC – Kerajaan Singapura akan mempertimbangkan hukuman sebat bagi beberapa kesalahan berkaitan penipuan, berikutan kemudaratan serius akibat jenayah terbabit, menurut Menteri Negara Hal Ehwal Dalam Negeri, Sun Xueling.

    Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan seorang Ahli Parlimen jika hukuman sebat wajar dipertimbangkan bagi kesalahan penipuan serius semasa sesi perbahasan belanjawan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di Parlimen hari ini, lapor The Straits Times.

    Ahli Parlimen Jurong, Dr Tan Wu Meng menggesa MHA membenarkan hukuman sebat bagi kesalahan penipuan.

    Pada 2024, sekurang-kurangnya $1.1 bilion dilaporkan hilang akibat penipuan, peningkatan sebanyak 70.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Pasukan Polis Singapura (SPF) mendedahkan jumlah kes penipuan juga meningkat sebanyak 10.6 peratus kepada 51,501 kes pada 2024, menyumbang 92.3 peratus daripada keseluruhan jenayah siber yang dilaporkan pada tahun itu.

    Jumlah wang yang hilang akibat penipuan dan bilangan kes yang dilaporkan adalah yang tertinggi di Singapura untuk satu tahun, sekurang-kurangnya sejak 2020. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda