Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes penyakit berkaitan haba meningkat 83% di Korea Selatan

    SEOUL, 7 JULAI – Bilangan individu yang mengalami penyakit berkaitan haba meningkat lebih 83 peratus berbanding tahun lepas apabila gelombang haba melanda negara itu lebih awal daripada biasa tahun ini, menurut data hari ini.

    Menurut Agensi Berita Yonhap, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) merekodkan 875 pesakit setakat Ahad tahun ini, meningkat 83.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

    KDCA mula merekodkan bilangan pesakit berkaitan haba sejak 15 Mei.

    Gambar hiasan Unsplash

    Daripada 875 pesakit itu, tujuh orang dipercayai meninggal dunia akibat strok haba, berbanding tiga kematian pada 2023, menurut KDCA.

    Terdahulu, agensi cuaca negara itu mengeluarkan amaran gelombang haba pertama musim ini untuk seluruh Seoul.

    Amaran pertama tahun ini dikeluarkan 18 hari lebih awal berbanding tahun lepas, ketika negara itu mengalami gelombang haba terburuk yang pernah dicatatkan.

    Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu maksimum dijangka mencecah 35 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut atau apabila kerosakan besar akibat haba dijangka berlaku. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda