Thursday, July 17, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes penyakit Legionnaire disahkan meningkat di Melbourne

    SYDNEY, 1 OGOS – Pihak berkuasa hari ini berkata bahawa wabak besar penyakit Legionnaire mengakibatkan 60 kes yang disahkan di negeri Victoria, Australia.

    Jabatan Kesihatan Victoria pada mulanya mengeluarkan amaran awam mengenai “peningkatan ketara dalam kes yang dimaklumkan di seluruh metropolitan Melbourne dan kawasan sekitarnya” pada Isnin, manakala kes-kes yang disahkan terus meningkat pada hari-hari berikutnya.

    Menurut amaran yang baru dikemas kini, jabatan kesihatan setakat ini telah dimaklumkan mengenai 60 kes yang disahkan dan 10 disyaki sejak 26 Julai, kebanyakannya dalam kalangan orang dewasa berumur lebih 40 tahun.

    Majoriti pesakit yang dijangkiti dimasukkan ke hospital, dengan beberapa daripada mereka juga dalam rawatan rapi untuk “radang paru-paru komuniti yang teruk.”

    Para penyiasat tempatan kini sedang menyiasat punca wabak itu melalui ujian menara penyejuk setempat dan sumber-sumebr berpotensi lain.

    Jabatan Kesihatan Victoria juga mengesahkan bahawa wabak itu dikaitkan dengan Legionella pneumophila serogroup 1, yang boleh dikesan melalui ujian antigen kencing. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda