Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kes pertama cacar monyet dilaporkan

    SEOUL, 22 JUN – Korea Selatan hari ini melaporkan dua kes pertama kes cacar monyet, menurut pihak berkuasa kesihatan.

    Suspek pertama merupakan seorang pesakit warga asing, yang tiba ke negara itu pada Isnin selepas mengalami gejala seperti sakit tekak dan lesi kulit sejak Ahad.

    Warga asing itu mengunjungi sebuah hospital di Busan kelmarin dan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

    Kes kedua adalah seorang warga tempatan yang tiba dari Jerman kelmarin selepas menunjukkan gejala seperti demam panas, sakit tekak, astenia, letih dan lesi kulit sejak Sabtu.

    Selepas tiba di Korea Selatan, dia secara sukarela melaporkan diri kepada pihak berkuasa kesihatan dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Incheon di Incheon, barat Seoul.- Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...