Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes pertama cacar monyet libatkan kanak-kanak

    PARIS, 5 JULAI – Institut Kesihatan Belanda (RIVM) melaporkan kes pertama jangkitan cacar monyet melibatkan kanak-kanak, lapor Sputnik.

    Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan seorang kanak-kanak yang juga pelajar sekolah telah disahkan menghidap penyakit tersebut.

    Sebelum ini, hampir semua kes jangkitan cacar monyet dikaitkan dengan hubungan seks, tetapi tiada unsur penderaan seksual membabitkan kanak-kanak itu, menurut RIVM. Belanda telah merekodkan 352 kes setakat kelmarin dan kes pertama disahkan pada 20 Mei yang lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda