Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes pertama polio disahkan di Gaza

    RAMALLAH, 18 OGOS – Pegawai kesihatan Palestin pada Jumaat melaporkan kes pertama polio pada seorang kanak-kanak berusia 10 bulan yang tidak divaksinasi di Deir al-Balah, Gaza City, kes pertama dalam beberapa tahun di kawasan pesisir pantai yang telah dibelenggu perang Israel-Hamas sejak 7 Oktober.

    Selepas menemui simptom pada kanak-kanak tersebut, ujian telah dijalankan di ibu negara Jordan, Amman dan kes itu disahkan sebagai polio, kata pegawai kesihatan.

    Penyakit yang boleh membawa maut dan lumpuh itu kebanyakannya menyerang kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan biasanya merebak melalui air yang tercemar.

    Pakistan dan Afghanistan adalah satu-satunya negara di mana penyebaran polio tidak pernah dihentikan.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak segera memberikan maklum balas untuk mengesahkan kes itu. Bagaimanapun, agensi kesihatan dan kanak-kanak PBB telah menyeru supaya pertempuran dihentikan selama tujuh hari, bermula pada akhir Ogos, bagi membolehkan vaksin polio diberikan kepada 640,000 kanak-kanak Palestin.

    Mereka berkata virus polio telah ditemui dalam air sisa di dua bandar utama bulan lalu di Gaza, yang telah bebas polio sejak 25 tahun lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    Pada Julai, WHO berkata varian jenis 2 telah ditemui dalam sampel air sisa dari selatan Khan Younis dan tengah Deir al-Balah, yang dikaitkan dengan varian virus polio yang kali terakhir dikesan di Mesir tahun lepas. – AP

    Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara dan darat Israel di Semenanjung Gaza berjalan di sebelah air kumbahan yang mengalir ke jalan-jalan di bandar selatan Khan Younis, Semenanjung Gaza, pada 4 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda