ISLAMABAD, 5 OGOS – Pakistan Sabtu lalu melaporkan kes polio ke-12 pada 2024 selepas seorang kanak-kanak disahkan terkena virus polio.
Kanak-kanak yang dijangkiti itu tergolong dalam daerah Chakwal di wilayah Punjab timur, kata Kementerian Kesihatan Pakistan dalam satu kenyataan.
Ini adalah kes pertama tahun ini dari Punjab, yang merupakan wilayah paling maju dan terbesar, dari segi populasi, negara Asia Selatan itu, tambahnya.
Ayesha Raza Farooq, orang tumpuan perdana menteri untuk kempen anti polio, menyatakan kebimbangannya mengenai pengesanan pesakit dari Punjab itu.
Dalam satu kenytaan beliau berkata, Program Pembasmian Polio Pakistan sedang memulakan penyiasatan menyeluruh terhadap kes itu, dan atas dasar itu, strategi akan dirangka untuk kempen pembasmian masa depan di daerah tersebut. – Xinhua


