JAKARTA, 30 JUN – Kes positif COVID-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam yang lepas, terus meningkat kepada 56,385 kes, dengan 71 lagi kematian baharu membawa jumlah keseluruhan kematian kepada 2,876.
Presiden Indonesia Joko Widodo menerusi ciapan di twitter rasminya @jokowi hari ini, mengarahkan pemerintah provinsi agar tidak melonggarkan peraturan pembatasan sosial berskala besar (PSBB), sekiranya kes positif virus itu berterusan meningkat. “Kalau belum waktunya, jangan paksakan (longgarkan peraturan PSBB). Kalau diterapkan, monitor dan evaluasi. Kalau keadaanya naik (kes meningkat), ya tutup lagi,” catatan beliau di laman twitternya. – Bernama