Kes positif di Malaysia kembali dua angka

KUALA LUMPUR, 19 OGOS – Kes positif COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan dua angka hari ini dengan 16 kes baharu dilaporkan merangkumi 12 kes penularan tempatan dan empat kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 9,235 kes, sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 185 kes.

Kesemua tujuh kes baharu itu melibatkan tiga kes tempatan di Kedah iaitu dua daripada Kluster Sala dan satu kes Kluster Tawar. – Bernama