Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes pukul anak angkat Aliff Syukri selesai

    Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan kes pukul anak angkatnya, Aminah Alip Syah sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah.

    Aliff mendedahkan mengenai perkara itu menerusi kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada malam Khamis.

    “Budak lasak jatuh motosikal, Ibraheem Adham… dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah.

    “Kalau Ameenah kena (cedera) mahu kes polis. By the way, kes Ameenah mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah hanya berunsur fitnah!” tulisnya.

    Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto anak ketiganya itu yang mengalami kecederaan pada wajah selepas terjatuh daripada motosikal.

    Kes pukul anak angkat Aliff Syukri, Ameenah telah diputuskan oleh mahkamah bahawa dia tidak bersalah. – Agensi

    Pada Mac lalu, Aliff didakwa memukul anak angkatnya berusia dua tahun dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu.

    Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut.

    Aliff ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

    Sebelum itu, tular video dan salinan laporan polis yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

    Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut turut gembira dengan perkhabaran tersebut dan berharap penyanyi lagu Cuba Bahagia ini akan terus menyayangi Aminah seperti anak kandungnya sendiri. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda