Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kes rempuhan stadium, 2 pegawai polis dibebaskan

    SURABAYA, INDONESIA, 16 MAC – Sebuah mahkamah Indonesia hari ini membebaskan dua pegawai kanan polis yang didakwa cuai dalam kejadian rempuhan stadium tahun lalu yang membunuh 135 orang, sekali gus menimbulkan kemarahan sanak saudara mangsa yang terbunuh dalam salah satu tragedi bola sepak paling teruk.

    Polis dipersalahkan kerana mencetuskan rempuhan pada 1 Oktober di Stadium Kanjuruhan di Malang dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas penyokong membanjiri padang ekoran kekalahan 3-2 pasukan Arema FC oleh pesaing ketat mereka, Persebaya Surabaya.

    Pegawai polis Malang, Bambang Sidik Achmadi, yang dituduh mengarahkan pegawai bawahannya menembak gas pemedih mata, didapati tidak bersalah oleh mahkamah di Surabaya, ibu negeri Jawa Timur.

    Hakim Abu Achmad Sidqi Amsya berkata dakwaan ‘gagal membuktikan kesalahan,’ dan defendan boleh dibebaskan.

    Rakan pegawai polis Malang, Wahyu Setyo Pranoto juga didapati tidak bersalah.

    Sementara itu, seorang pegawai, komander unit briged bergerak polis Jawa Timur, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

    Hasdarmawan, yang menggunakan satu nama seperti kebanyakan warga Indonesia, sebelumnya menafi mengarahkan rakannya untuk menembak gas pemedih mata pada penyokong.

    Memakai kemeja putih dan pelitup muka, pegawai itu mendengar dengan tenang ketika hakim menjatuhkan hukuman, yang lebih singkat daripada tiga tahun yang diminta oleh pendakwa. Dia mempunyai tujuh hari untuk memfailkan rayuan. – AFP

    Pegawai polis Hasdarmawan (kiri) tiba untuk perbicaraannya di bangunan mahkamah di Surabaya, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...