Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes roboh masjid, 32 tertuduh dibebaskan

    NEW DELHI, 30 SEPT – Mahkamah khas di India hari ini membebaskan semua 32 tertuduh dalam kes merobohkan Masjid Babri, lapor Agensi Anadolu.

    Keputusan kes itu dibuat hampir 28 tahun selepas masjid itu dirobohkan dalam satu rusuhan besar-besaran di bandar Ayodhya, utara India. Hakim SK Yadav, pada hari terakhir tugasnya, memutuskan kes itu tidak mempunyai bukti kukuh dan insiden perobohan masjid berkenaan tidak dirancang.

    Masjid Babri dibina oleh Mir Baqi, seorang pegawai pada era Maharaja Babur pada tahun 1526. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda