Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kes saman penulis skrip gagal selesai secara baik

    Kes saman difailkan seorang penulis skrip drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali, Haironizan Mohd Idris, terhadap pelakon Amelia Henderson akan diteruskan dengan perbicaraan selepas penyelesaian secara baik gagal dicapai melalui proses mediasi.

    Peguam Nor Zabetha Muhamad Nor mewakili Haironizan, 37, selaku plaintif berkata kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat antaranya membabitkan syarat-syarat penyelesaian dalam proses mediasi yang dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mazilah Manap di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur, kelmarin.

    “Oleh itu, saman tersebut diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula 6 dan 7 Februari 2025 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Faiz Dziyauddin. Pengurusan kes ditetapkan pada 4 Oktober ini secara dalam talian.

    “Setakat ini, pihak kami akan memanggil dua saksi, namun kemungkinan ada tambahan saksi dalam prosiding perbicaraan kes itu nanti,” kata peguam itu ketika ditemui pemberita hari ini.

    Mediasi merupakan alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh.

    Sementara itu, peguam Mansheel Kaur yang mewakili Amelia, 29, atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson berkata proses penyelesaian itu gagal kerana tiada persefahaman antara kedua-dua pihak.

    “Pihak kami telah bersedia untuk perbicaraan dan siapa saksi yang akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman ini masih dalam perbincangan,” katanya.

    Dakwanya, Amelia kemudian telah memuat naik satu siaran video secara langsung melalui akaun Instagram miliknya pada 25 Jun 2022 dengan memberi kenyataan yang menjatuhkan reputasi serta memprejudiskan nama baik plaintif berhubung drama itu.

    Sehubungan itu, plaintif antaranya memohon satu injuksi tetap untuk menghalang defendan, sama ada melalui dirinya sendiri atau wakilnya menyebarkan atau menerbitkan kenyataan fitnah tersebut secara lisan, media cetak atau Internet selain menuntut ganti rugi am, khas dan teruk daripada defendan. – Bernama

    Kes Amelia dan Rehal akan dibawa ke perbicaraan pada Februari tahun hadapan. – mStar

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Mahkamah umum tarikh sebutan semula kes mekanik bunuh kanak-kanak

    KUCHING, 21 NOV - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan...

    Eksekutif hartanah China ditahan akibat gagal bayar pinjaman AS$138 juta

    JAKARTA, 19 NOV – Pihak berkuasa Indonesia kelmarin berkata...

    Kes pecah rumah: Mahkamah kurangkan hukuman penjara

    Oleh Daniel Lim -  BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV -...

    Empat dipenjara dalam kes ‘kelab kecergasan’

    STOCKHOLM, 18 NOV – Mahkamah di Stockholm hari ini...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...