Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes sumbang mahram di Sarawak cetus kebimbangan

    KUALA LUMPUR, 29 Sept – Kes sumbang mahram di Sarawak amat membimbangkan dan perlu ditangani segera, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

    Beliau berkata berdasarkan rekod, sebanyak 3,272 kes telah dilaporkan sejak 2006 hingga 2015 dan  daripada jumlah itu, majoriti mangsa kes sumbang mahram adalah berumur 13 hingga 15 tahun.

    “Ini bukanlah angka yang membanggakan. Keadaan ini perlu ditangani segera,” katanya dalam kenyataan hari ini sempena Program Bersaup Segulai Sejalai@LPPKN bersempena Jelajah Negaraku Keluarga Bahagia KPWKM peringkat negeri itu di Rumah Panjang Remi di Betong, Sarawak.

    Menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), kerajaan giat mengadakan pelbagai program termasuk turun padang ke sekolah-sekolah di Sarawak dalam usaha memberi kesedaran berkenaan masalah sumbang mahram antaranya menjalankan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Pekerti).  – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda