Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes tertembak mati kru, petisyen bantah guna pistol sebenar

    Susulan insiden tertembak mati seorang kru ketika menjalani penggambaran filem Rust baru-baru ini, tiba-tiba muncul petisyen untuk membantah penggunaan pistol sebenar semasa penggambaran.

    Ia menunjukkan tindakan perlu segera diambil bagi mengelakkan insiden yang sama berulang kembali.

    Sehingga pukul 8 malam kelmarin seramai 14,000 orang telah menandatangani petisyen tersebut.

    “Kita harus memastikan hal seperti ini tak terjadi lagi. Tak ada alasan hal ini kembali terjadi pada abad ke-21. Pistol sebenar tak lagi diperlukan di lokasi penggambaran,” tulisnya.

    Dalam pada itu, pistol yang digunakan oleh aktor Alec Baldwin sehingga terbunuh pengarah sinematografi Halyna Hutchins masih dalam siasatan.

    Alec Baldwin juga akui turut rasa terpukul dan tidak sampai hati melihat anak dan keluarga mangsa dan akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

    “Tak ada kata-kata yang sanggup mengutarakan rasa bersalah itu dan kesedihan kerana kecelakaan tragis yang meragut nyawa Halyna Hutchins, seorang isteri, ibu, dan keluarga yang begitu kami kagumi. – Agensi

    Susulan insiden tertembak mati seorang kru ketika menjalani penggambaran filem Rust baru-baru ini, tiba-tiba muncul petisyen untuk membantah penggunaan pistol sebenar semasa penggambaran. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda