Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes Thaksin akan disiasat semula

    BANGKOK, 19 FEB – Pendakwa raya Thailand akan menjalankan siasatan lanjut sama ada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, melanggar undang-undang fitnah diraja, kata mereka hari ini, sehari selepas bilionair itu dibebaskan secara pengampunan dalam kes rasuah berasingan.

    Bekas pemilik Manchester City itu adalah salah seorang figura penyebab berlakunya perselisihan dalam sejarah Thai moden, namun disayangi oleh berjuta-juta pengundi luar bandar kerana dasar terkenalnya tetapi ditentang oleh kerabat diraja dan penyokong tentera.

    Dia dibebaskan kelmarin dengan pengampunan setelah menjalani hukuman penjara hanya enam bulan daripada hukuman lapan tahun terhadap tuduhan rasuah, di mana dia telah ditahan Ogos lalu selepas kembali ke kerajaan selepas 15 tahun dalam buangan sendiri.

    Peguam negara Thailand kini ‘membenarkan siasatan lanjut’ terhadap dakwaan lelaki berusia 74 tahun itu, melanggar undang-undang fitnah diraja dalam komen yang dibuatnya di Korea Selatan pada 2015, kata jurucakap pejabat peguam pada sidang akhbar.

    Pendakwa raya telah meminta Thaksin untuk hadir pada bulan April, di mana mereka boleh mengumumkan bahawa mereka akan mendakwanya atau meminta lebih masa untuk menjalankan siasatan.

    Thaksin menghadiri mesyuarat di pejabat peguam negara dengan kerusi roda dan bercakap dengan suara yang hampir tidak dapat didengari, menurut pengarah bahagian jenayahnya dan ikat jamin ditetapkan pada 500,000 baht (AS$13,900). – AFP

    Jurucakap Pejabat Peguam Negara Thai, Prayuth Bejraguna, bercakap kepada pemberita semasa sidang akhbar di Bangkok, Thailand, pada 19 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda